<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8212730082893941202\x26blogName\x3dbpghs+mcs+2009\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://nadiah-hussin.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://nadiah-hussin.blogspot.com/\x26vt\x3d589922684148642534', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

The world is like a playground.


{Holla}
puteri nadiah hussin
4p1
bukit panjang govt high sch
19.11.93
de.little@hotmail.com

{Say}



January 27, 2008
Makna-makna Malu
Informasi seterusnya telahku cuplik dari blog cikgu manaf. Penerangannya tentang pelbagai makna malu amat menarik sekali.

Rasa Malu

Malu adalah perasaan rendah diri akan kekurangan yang ada pada diri sendiri apabila dibanding-bandingkan dengan orang lain. Kekurangan ini boleh dimengertikan sebagai kebodohan, kejahilan, tidak setimpal, tidak seperti, mahupun tidak setaraf. Seseorang yang bersifat demikian beranggapan bahawa dirinya hina dan kurang daripada orang lain yang dianggapnya pula memiliki banyak kelebihan daripada dirinya. Seseorang yang bersifat sedemikian akan menjauhi orang lain, menyorok wajahnya apabila dipandang orang.

Mendapat Malu

Seseorang yang dimalukan akan berasa terhina dan terkeji daripada kaca mata orang lain. Orang yang menerima aib dan keji ini akan berasa marah, geram, sanggup bertindak kasar dan keras terhadap orang yang memberinya malu. Oleh sebab dia berpendapat bahawa maruah dan harga dirinya dicabar sewaktu dimalukan. Air mukanya jatuh di khalayak ramai menyebabkan dia berasa begitu hina dan aib sekali. Individu itu akan berasa sedih, pilu dan kecewa. Tindakan yang tidak wajar selalunya menuruti kerana dia menganggap dirinya hina, kotor, keji dan tidak berguna lagi di mata dunia.

Tidak Tahu Malu

Berbeza pula dengan sikap ini. Seseorang akan tergamak melakukan sesuatu perbuatan yang mengaibkan dirinya sendiri. Hal demikian terjadi akibat dorongan atau kerana berasa dirinya terdesak, sama ada dia menyedarinya atau tidak. Timbul istilah muka tebal, sanggup dimalukan dan diaibkan orang begitu sahaja. Bukan kerana dia seorang yang tahan hati dan dapat menelan kekejian yang orang lain lemparkan kepadanya. Mungkin juga dia dimalukan kerana kesalahan akan perbuatannya sendiri.




January 23, 2008
Berkekalan Buat Selama-lamanya
Farel dan Rachel telah berkawan sejak berumur lima tahun. Di hati masing-masing terpancar satu kemesraan yang erat berjalan seiring. Pergaulan yang akrab ini bermula semasa pra-sekolah. Ketika itu, kedua-dua mereka tidak mempunyai sebarang kawan. Pada waktu untuk bermain, Farel terlanggar Rachel semasa beratur untuk menurun gelonsor. Mereka mula ketawa terbahak-bahak kerana Rachel tergolek. Dari situ, mereka mula menjalin hubungan yang mesra.

Mereka juga telah menyedari hobi mereka serupa, iaitu bermain bola keranjang. Biasanya selepas tamat waktu sekolah, mereka berjalan bersama-sama ke taman permainan. Farel juga suka akan membaca komik. Farel selalu singgah ke kedai buku untuk mencari komik-komik terbaru yang digemarinya. Selepas itu, dia akan pulang ke rumah untuk meminta izin ibunya meminta wang membeli komik itu.

Rachel bukan seperti anak-anak perempuan yang lain. Dia lasak dan suka akan sukan-sukan yang aktif. Dia selalu bercampur dengan anak-anak lelaki yang lain, terutama sekali Farel. Dia telah dipinggirkan oleh teman-teman perempuannya yang lain. Hal ini bersebabkan dia mempunyai tubuh yang agak rendah dan rambutnya pendek seperti lelaki. Di sebalik wajahnya yang bagai seorang lelaki, Rachel menyimpan sebuah rahsia iaitu, dia menyayangi Farel.

Enam belas tahun kemudian, pendirian mereka semakin kuat, mereka sudah melalui banyak pengalaman dan juga sudah metang. Farel mempunyai imeg yang tampan dan bergaya lagi menarik hati. Walaupn Rachel masih mempunyai rambut pendek, kecantikan dan sifat kewanitaannya tetap menyerlah. Mereka berdua masih lagi berkawan dan rapat. Mereka selalu ke taman permainan, bermain bola keranjang bersama-sama.

Sewaktu kecil dahulu, mereka telah membina sebuah rumah pokok di sebatang pokok yang agak dekat dengan gelanggang bola keranjang. Disebabkan Farel takut memanjat rumah pokok itu, Rachel mengambil kesempatan untuk meluahkan perasaannya di situ. Rachel mengukir sebuah bentuk hati serta namanya dan Farel di dalamnya. Setiap kali dia merajuk, die memanjat ke rumah pokok itu dan merenung ukirannya.

Hingga sekarang, Farel masih belum berani memanjat rumah pokok itu. Pada suatu ketik, sewaktu menemani Rachel ke pasar, Farel ternampak seorang penulis dan pelukis komik kegemarannya. Dia menghampiri penulis itu dan meminta tandatangannya. Bukan itu sahaja, dia juga meminta alamat dan nombor telefonnya. Pada saat itu, Farel menyedari sesuatu. Dia tidak hanya menggemari komik itu, tetapi penulisnya sekali, Fara.

Fara seorang gadis kota yang tegas tetapi sangat terserlah kelembutannya yang asli. Pipinya licin bak puh dilayang. Bibirnya semerah dilema merekah. Wajahnya bersinar cerah, seperti pancaran matahari kehidupan dari bebola mata yang coklat ceria. Keayuannya memukau pandangan Farel sewaktu menanda tangani buku autografnya. Terutama sekali apabila dia menyisir rambutnya ke belakang. Jelas sekali dialah gadis idaman Farel.

Farel tidak mahu melepaskan gadis idamannya begitu sahaja. Justeru, dia mencuba nasibnya untuk memikat hati Fara keesokan hari. Dia memandu keretanya ke rumah Fara membawa sarapan pada pukul sembulan. Fara tergamam melihat Farel di halaman rumahnya. Dia tidak menyangka seorang peminat komiknya akan berbuat begitu. Dia bersarapan bersama Farel, masih tidak mempunyai sebarang idea tentang tujuan sebenar kehadiran Farel.

Rutin ini bersambung sejak dari hari itu. Farel juga pernah beberapa kali berjalan bersama-sama Fara ke taman bunga dan sebagainya. Setelah mendapat tahu tentang perkembangan hubungan di antara Farel dan Fara, Rachel membina perasaan cemburu. Dia tidak sanggup kehilangan orang yang dicintainya selama berbelas tahun. Disebabkan kebuntuan idea untuk menjarakkan Fara dan Farel, Rachel tidak dapat melakukan apa-apa.

Pernah beberapa kali Rachel cuba membuat Farel menyadari kewanitaannya tetapi gagal. Dia cuba mengelakkan diri dari bermain bola keranjang supaya tidak berpeluh, namun, Farel memahami perbuatannya itu agak pelik. Dia cuba memakai anting-anting tetapi Farel mentertawakannya. Dia juga pernah cuba memakai baju panjang dan Farel tetap tidak menyedari tujuan Rachel.

Hubungan Fara dan Farel semakin mekar. Mereka lebih kerap menghabiskan masa bersama-sama. Mereka selalu ke taman-taman dan pusat-pusat membeli belah. Fara selalu menanyakan Farel apakah yang diharapkan dalam komik akan datang. Fara sebenarnya mempunyai rahsia gelap yang tidak ingin diberitahu kepada sesiapa. Dia menghidapi barah jantung. Dia tidak tahu sampai bila dia boleh bertahan. Walaupun begitu, kumtum kegembiraan dapat menghalau debaran yang memukul dada.

Siapa yang dapat menyangka sesuatu yang buruk akan berlaku? Tiada sesiapa pun. Malangnya, Fara dan Rachel telah dihantar ke hospital pda masa yang sama. Fra telah berulang-kali memuntahkan darah. Rachel pula telah terjatuh dari sebuah bukit dan kakinya cedera parah. Farel terkejut apabila mendapat tahu tentang kejadian ini. Dia kelam-kabut memandu ke hospital.

Doktor mengesahkan bahawa keadaan Fara terlalu parah kerana penyakit barahnya sudah ke peringkat terakhir. Rachel menghadapi dugaan yang serupa. Kakinya harus dikodongkan supada kecederaannya tidak merebak ke anggota badan yang lain. Kedua-dua mereka sedang bertarung nyawa yang sama besar, sama berat. Ketentuannya ialah, salah seorang daripada mereka akan terkorban.

Setibanya di hospital, Farel tidak dapat berfikir tenang. Fikirannya berserabut, sulit memikirkan tentang yang mana harus dilataninya dahulu. Tanpa membuang lebih masa, dia menuju ke wad kecemasan. Di situ, dia berlangkah mantap dan penuh keyakinan ke wad Fara. Melihat keadaan Fara yang tidak menyedarkan diri, Farel mempercepatkan lagi langkahnya ke wad Rachel pula.

Rachel sedang meraung kesakitan sementara doktor cuba membersihkan lukanya. Jantung Farel bagai hendak putus melihat keadaan kawannya itu. Bendungan air matanya pecah. Tidak sanggup lagi melihat keadaan kawan karibnya, Farel menunggu di luar wad. Dua jam kemudian, dia masuk wad Rachel lagi. Kali ini, Rachel sudah lebih bertenang. Rachel cuba menahan sebaknya tetapi matanya berairan air mata melihat Farel.

Dia menceritakan kepada Farel tentang kakinya yang harus dikodongkan. Dia tidak mahu cacat kerana tidak akan dapat bermain bola keranjang lagi seperti orang yang sihat. Juraian air mata mengalur lali meleleh di pipi Farel. Rachel mempunyai dua pilihan. Dia boleh sambung hidup tanpa satu kaki ataupun mengorbankan nyawanya supaya Fara dapat hidup.


Rachel tidak menyuarakan keputusannya kepada Farel, hanya kepada doktor dan ibunya. Ibu Rachel menangis tidak tertahan sambil memeluk Rachel erat-erat. Dia tidak terdaya kehilangan anak tetapi terpaksa menghormati keputusan Rachel. Dia menghabiskan beberapa jam yang terakhir bersama anak tersayangnya dengan sebaik mungkin. Rachel tahu dia tidak akan dapat melihat Farel lagi. Tetapi dia cukup berpuas hati jika Farel bahagia.

Pemindahan jantung itu merupakan satu pembedahan yang sangat kritikal. Jantung itu harus dijaga sebaik-baiknya. Ia tidak boleh terlalu lama didedahkan. Sebelum pembedahan, Rachel telah mengamanahkan kepada ibunya untuk memberikan sepucuk surat kepada Farel. Pembedahan itu mengambil masa lima jam. Setelah tamat lima jam, Rachel diisyhtiharkan sudah menyahut seruan Illahi dan Fara berjaya diselamatkan.

Farel melutut apabila mendengar tentang pembedahan itu. Dia sudah terlambat. Rachel sudah tiada, buat selama-lamanya. Hatinya remuk redam. Perkhabaran yang disampaikan itu benar-benar mengguris luka di hatinya. Kenangan pahit dan manis bersama Rachel menghantuinya. Dia teringat waktu dia mula mengenali Rachel, waktu dia meminta tolong Rachel dan waktu dia mentertawakan Rachel.

Ibu Rachel memberikan surat Rachel kepada Faral. Dari situ, Farel mendapat tahu bahawa Rachel telah mencintainya selama itu. Rachel juga menulis tentang perasaan cemburunya dan semua usahanya cuba menarik perhatian Farel. Ayat yang paling mengganggu buat Farel adalah, “Jika kamu ingin rasakan kasihku padamu, panjatlah rumah pokok kita dan cari rahsiaku di situ.”.

Farel memberanikan diri. Dia memanjat rumah pokok itu. Buat pertama kalinya, dia tidak takut. Dia sangat yakin dapat sampai ke atas. Di atas, di berjalan di keliling pokok besar itu. Dia terjumpa ukiran Rachel. Surat Rachel terlepas dari genggamannya. Dia berasa sangat hiba. Sedih tak terkata.

Akulah jantung. Jantung yang mempunyai dua tuan yang berbeza. Aku pati arwah tuanku bahagia aku tetap selalu di sisi kekasihnya, Farel.




Satu Keputusan Yang Tidak Dikesali
Aku berjaya. Tidak pernah kusangkakan bahawa aku akan dapat mencapai cita-citaku menjadi seorang guru. Sekarang, aku mengajar di Sekolah Perempuan Raffles. Aku diberikan jawatan yang amat mustahak dan dapat dibanggakan. Aku ketua bagi subjek matematik di sekolah. Jawatan ini, walau bagaimanapun, memerlukan banyak masa dan pengorbanan. Aku mempamerkan sebuah imeg yang kemas dan profesional.

Besar kemungkinan, tiada sesiapa yang dapat meneka sejarah hitamku. Dahulu, aku jauh berbeza daripada sekarang. Aku nakal. Selalu bercampur dengan teman-teman lelaki yang minat bola sepak. Boleh dikatakan, aku juga salah seorang peminat nombot satu bola sepak. Selepas waktu sekolah, biasanya aku akan mengumpulkan beberapa orang teman lain dan kami akan mengadakan perlawanan bola sepak secara spontan.

Aku terlalu aktif dalam sukan sehinggakan aku tidak menghiraukan perkara yang lebih mustahak iaitu pelajaran. Aku tidak berminat langsung dalam pelajaran. Aku tidak memberi perhatian dalam kelas dan jarang menyudahkan kerja rumah. Aku tidak faham akan pengajaran guruku. Aku juga mudah berputus asa. Kadangkala, aku cuba memberikan perhatian dalam kelas. Tetapi, jika aku tidak faham apa-apa sedikit pun, aku akan terus berputus asa.

Tabiat burukku ini tidak sedikit pun membawa sebarang kebaikan. Malahan, aku merupakan salah seorang murid yang terkenal atas sebab kenakalanku. Berkali-kali aku disuruh berjumpa dengan beberapa orang guruku kerana tidak membuat kerja. Guruk-guruku selalu mengadu bahawa aku tidak memberikan perhatian dan selalu menghadiri kelas mengantuk, penat dan berpeluh-peluh kerana bermain bola sepak pada waktu rehat.

Bukan itu sahaja, aku kerap sekali gagal dalam ujian dan peperiksaan. Ini disebabkan aku tertidur semasa ujian itu diadakan, ataupun aku tidak faham akan soalannya dan tidak mencuba untuk menjawabnya. Jika aku lulus pun, ia kerana guru menolongku mendapatkan sebanyak jawapan berul atau munasabah. Walau apapun, aku tidak kisah tentang keputusan yang aku dapat.

Hampir kesemua guruk yang mengajarku cuba menasihatiku agar mengubah sikapku dan mula menumpukan perhatian kepada pelajaran. “Aku masih mula,” fikirku. Guruku memberitahu bahawa lebih elok jika aku mula membina minat dalam pelajaran sejak usia muda. Mereka memberikan beberapa lagi saranan agar aku menyemai minat dalam pelajaran.

Peperiksaan pengaliran akan tiba dalam sebulan lagi. Terdapat tiga aliran dalam sekolah rendah. Aliran satu, untuk mereka yang mengambil bahasa ibunda lanjutan. Aliran kedua untuk mereka yang sederhana. Aliran ketiga untuk mereka yang lemah dalam pelajaran. Aku bercadang untuk memasuki aliran kedua. Tetapi aku tidak membuat apa-apapun untuk memasuki aliran itu.

Teman-temanku yang lain sudah mula mengulangkaji. Mereka mengehadkan masa bermain bola sepak. Aku selalu ditinggalkan untuk menyambung bermain seorang diri kerana mereka semua ingin belajar. “Tak gerek lah kamu ni semua!”. Itulah keluhan yang selalu ku suarakan. Jika mereka pulang, aku pun pulang. Tetapi aku sambung bermain permainan komputer pula tatkala di rumah.

Peperiksaan penyaliran bagi murid-murid darjah empat telah tiba. Aku duduk menantikan kertas soalan. Hatiku berkocak. Aku membuka kertas soalan itu. Hatiku yang pejal menjadi cair umpama ais yang diletakkan di bawah mentari. Aku cuba memikirkan tentang jawapan kepada soalan-soalan itu. Hari-hari berikut, hal yang serupa aku alami.

Keputusan telah dipaparkan di sekolah. Aku memasuki aliran ketiga. Hatiku pecah seribu. Awan mendung bergayutan di pelipis mataku. Aku kesal. “Mengapa aku tidak mendengar kata guru? Kenapa aku malas sangat? Kenapa aku tidak pernah cuba memahami pengajaran guru? Kenapa?” Berbagai-bagai soalan menujah telinga otakku. Sudah terlambat, bisik hati kecilku.




Penilaian
Tidak ku sangka guruku tidak segan menitiskan air matanya di dalam kelas. Kelas bahasa melayuku agak dramatik hari ini.

Kami ditegur oleh cikgu manaf tentang kelakuan kami yang sangat mengecewakan. Tujuannya adalah untuk menyedarkan kami daripada kesilapan dan tidak terus sesat dalam pelajaran. Tegurannya bukan hanya di sekolah malahan untuk di rumah juga. Kami harus mendengar kata-kata ibu bapa kami. Jangan melawan cakap orang tua dan rendahkan diri sebaik mungkin. Jadilah anak yang soleh dan solehah.

Cikgu manaf hanya mahu kami menjadi seorang yang baik dan berguna dalam masyarakat pada masa akan datang. Beliau tidak mahu melihat anak muridnya berkeliaran di tepi jalan suatu hari nanti. Niatnya jernih, tidak sedikit pun lesap keikhlasannya.

Maafkan segala kesilapanku kepadamu cikgu. Akan ku cuba untuk mengubah sikapku jika perlu.




January 11, 2008
Karangan
Hari ini, kami tidak membuat banyak tugas kerana ramai telah menghadiri kelas lambat. Cikgu manaf telah menyuruh kami membuat sebuah karangan 3 kertas, 6 halaman.

Kami juga membuat perbincangan tentang beberapa potongan suratkhabar yang telah dikumpul dan dimuatkan dalam kertas A4 oleh cikgu manaf. Potongan suratkhabar itu tentang korban, rayuan buku teks percuma dan kumpulan hadrah.

Kami berbincang tentang apa yang dapat difahami dari teks tersebut dan mengapa ia terjadi. Matin dan ridhwan pula diminta membawa potongan suratkhabar untuk hari sabtu dan ahad ini. Pesanan buat mereka: 'Jangan lupa buat kerja!' :)




January 10, 2008
Tamatlah Pembelajaran Tarian Tradisional
Kelas bahasa melayuku tidak belajar menari lagi hari ini. Kami telah mempelajari tentang kata tunggal. Terdapat 4 jenis kata tunggal; kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata sendi.

Kata nama merupakan satu perkataan yang bebas. Ia mempunyai makna lengkap. Ia juga adalah ini pada frasa name. Contohnya adalah; yu, ru, wang, pam, bumi, busjaket, overdraf, sanwic, poskod, segugus binatang dan sekupar sirih.

Terdapat 80 kata kerja. Kata kerja tidak memiliki imbuhan. Contohnya; ada, balik, pulang, datang, gagal, hancur, ikut, jaga, lahir, keluar, mara dan terbang. Ayat yang telah disediakan untuk penerangan lanjut adalah; 'Para pelajar itu pulang ke rumah. dan 'Burung terbang dipipiskan lada.'.
Kata adjektif merupakan penerangan kata name. Ia tidak mempunyai imbuhan ataupun penggandaan. Contoh ayat; 'Cara hidup petani itu memang sederhana.' dan 'Bulan sungguh terang pada malam itu.'.

Akhiranya, kata sendi. Kata sendi mempunyai ciri-ciri kata hubung dan kata penguat. Ia adalah unsur inti pada frasa endostrik. Terdapat berbagai jenis heterogan. Contoh ayat yang diberi; 'Aziz lulus peperiksaan itu tetapi abangnya gagal.' dan 'Masakan nenek saya paling sedap.'.

Catatan ini telah dibuat di dalam kelas tadi. Harap kamu yang sedang membaca dapat mempelajari sesuatu daripada postku ini.




January 9, 2008
Sambungan Pelajaran Tentang Tarian
Kami telah menyambung pelajaran tarian di kelas bahasa melayu tadi. Kali ini, cikgu manaf menerangkan 3 lagi tarian melayu tradisional. Kali ini, kami mempelajari langkah-langkah untuk tarian zapin. Ah! Sungguh gemalai sekali pergerakan untuk tarian ini.

Tidak dapatku nafikan bahawa cikgu manaf agak mahir menari tarian tradisional melayu. Tarian tradisional ini tidak semudah yang disangkakan, ia memerlukan ketelitian dalam pergerakan. Jika sekali lalai, pergerakan kami akan tersasar. Jadi, kami harus fokus apabila menari terutama sekali sedang kami mula belajar.

Fakta yang paling penting dalam tarian adalah koordinasi. Tarian akan melibatkan tangan dan kaki. Kadangkala, kami harus berlenggang-lengguk untuk menyerlahkan keanggunan tarian tersebut. Agak susah apabila mula mempelajari tarian zapin ini kerana ia memerlukan banyak koordinasi.

Ku berharap tidak lama lagi, dapatku mengatasi masalah ini. :)




January 7, 2008
Tarian Tradisional
Berapa banyak informasikah yang kamu punyai tentang tarian tradisional? Tidak banyak? Jika itu jawapannya, kamu pasti berasa rugi kerana tidak menghadiri kelas bahasa melayuku tadi. :)

Pelajaran yang telah disediakan oleh cikgu manaf untuk hari ini sangat menarik sekali. Ia jauh berbeza jika dibandingkan dengan pelajaran di kelas lain. Biasanya, guru akan menyuruh murid-muridnya mengeluarkan buku teks mereka dan mula membaca atau menghabiskan kerja yang diberi. Tetapi, guruku seorang yang amat kreatif.

Kelas bahasa melayuku tidak hanya belajar daripada buku, tetapi juga daripada segi aktiviti-aktiviti praktikal. Kami telah cuba menari sebuah tarian tradisional. Ramai diantara rakan-rakanku yang telah berasa kekok dan agak segan untuk melakukan tarian tersebut. Tetapi setelah melakukannya beberapa kali, kami berasa lebih selesa dan mengetepikan perasaan segan kami untuk mencuba. Cikgu manaf mengatakan bahawa kami akan membuat satu persembahan di khalayak ramai pada suatu hari nanti.

Gembira pun ada, gementar pun ada, takut pun ada. Apalah yang akan terjadi agaknya? :)




January 6, 2008
Pembukaan
Penciptaan blog ini bukanlah kali pertama buatku tetapi ia merupakan yang paling menarik. Biasanya, blog digunakan untuk mencatatkan perasaan dan kejadian untuk hari-hari tertentu. Blog ini jauh berbeda. Blog ini dikhaskan untuk kerja-kerja sekolah yang telah diarahkan oleh cikgu bahasa melayuku. Harapanku hanya blog ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.